Labu dikerbuk tikus. | Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kelapa ditebuk tupai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti labu dibenam. | Sangat congkak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lonjak sebagai labu dibenam. | Sombong, angkuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau seperti kundur labu, boleh dibelah. | Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tikus membaiki labu. | Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daun nipah dikatakan daun labu. | Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari. | Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang. | Sikap yang tidak adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. | Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu. | Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |