| Yang lahir memperlihatkan yang batin. | Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh). | Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. | Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh. | Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |