Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lahirnya

Peribahasa

Dalam menunduk dia menyonggeng.

Bermaksud :

Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah. songgeng (menyonggeng) = tonggeng.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dibilang genap, dipapar ganjil.Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dalam menunduk dia menyonggeng.Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah. songgeng (menyonggeng) = tonggeng.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besi lemah tak patah.Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Muka licin, ekor berkedal.Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membulang ayam indarus rancak kokok.Lahirnya saja pandai atau berani, tetapi yang sebenarnya bodoh atau penakut. rancak kokok = merdu bunyi kokoknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di luar merah di dalam pahit.Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di luar berkilat di dalam berongga.Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan.Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Roda yang berpaling, kuda sudah digerindin.Lahirnya saja kelihatan senang tetapi yang sebenarnya sangat melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut bau madu, pantat bawa sengat.Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas