Bernafas keluar badan. | Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencampakkan batu keluar. | Lebih suka berbuat baik kepada orang lain daripada kepada keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi. | Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun. | Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar suap daripada mulut. | Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar senggulung daripada beban. | Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerosok ular di rumpun bambu. | Ancaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga. | Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar berputih tulang, jangan berputih mata, b. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang. | Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |