Si lalar si lalai. | Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. | Alpa dan lalai mengakibatkan bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada. | Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali. | Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |