| Lalat memanglah mencari puru. | Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lalat langau mengerumuni bangkai. | Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai lalat cari puru. | Membuat sesuatu pekerjaan dengan cepat dan ghairah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti lalat buta. | Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kucing berakkan rambut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak ada lalat langau. | Tak ada orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit. | Terlalu lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pikat kehilangan mata. | Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kucing berakkan rambut. | Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lalat buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |