Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.cung] | لنچوڠ

Definisi : 1. tidak tulen (barang-barang dll), palsu: emas ~; 2. tidak jujur, tidak sebenar­-benarnya, curang: cintamu kepadaku selama ini ~, palsu, sekali-sekali bukan cinta sejati; sekali ~ keujian seumur hidup orang tak percaya prb sekali diketahui perangai ygburuk sepanjang masa orang tidak percaya lagi; melancung, melancungkan membuat palsu atau tidak benar, menipu: ~ wang; lancungan (barang-barang) tiruan atau palsu: paun emas itu digantinya dgn paun ~; kelancungan keadaan yg tidak tulen (betul, jujur, dll), kepalsuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cung] | لنچوڠ

Definisi : sj tumbuhan (rumput), Leptaspis urceolata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cung] | لنچوڠ

Definisi : 1 tidak tulen; tiruan (ttg barang); palsu: emas ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur; curang: sahabat yg ~. melancungkan membuat sesuatu menjadi lancung; memalsukan: ~ wang. lancungan barang palsu atau barang tiruan. kelancungan 1 keadaan atau hal lancung; kepalsuan. 2 keadaan atau sifat curang; kecurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancung
1. Rujuk palsu

2. Rujuk curang


Peribahasa

Di bawah lancung nan tiris.

Bermaksud :

Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sekali lancung keujian, seumur hidup orang tak percaya.Sekali ketahuan kelakuan yang tak baik, selama hidup orang tidak percaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di bawah lancung nan tiris.Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga.Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di bawah lantai nan tiris.Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Di bawah lancung nan tiris).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas