Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai langau mengerumuni bangkai. | Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diratapi langau hijau. | Anak dagang yang mati di rantau orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lalat langau mengerumuni bangkai. | Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk langau ke mulutnya. | Terhairan-hairan, sehingga mulutnya ternganga-nganga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai langau di ekor gajah. | Selalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap bak langau, titik bak hujan. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap saja bagai langau. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada lalat langau. | Tak ada orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengebat tidak erat, memancung tidak putus. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |