Lantai dan dinding bertelinga belaka. | Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari lantai terjungkat (= terjungkit). | Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di bawah lantai nan tiris. | Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Di bawah lancung nan tiris). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin. | Keputusan yang sangat adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Musang terjun, lantai terjungkat (= terjungkit). | Tanda-tanda (bukti) tentang kejahatan yang telah diperbuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyepitkan lidah ke lantai. | Menahan nafsu atau kehendak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjungkit-jungkit bagai bilah lantai. | Orang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai. | Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit. | Tidak mahu mengaku akan kebodohan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |