Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.ting] | لانتيڠ

Definisi : Mn; melanting melempar, mem­baling, membuang (kayu, batu, dll) kpd sesuatu benda; ~ menuju tampuk, berkata menuju benar prb setiap usaha itu ada maksudnya; melantingkan melemparkan, membaling­kan: rokoknya dilantingkan ke pinggir jalan; terlanting 1. terbuang, terlantar; 2. ki sudah tidak berguna lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ting] | لانتيڠ

Definisi : lonjak, lompat; berlanting, melanting melonjak-lonjak, bergerak-gerak turun naik: malang ~ buluh pecah; melanting-lanting bagai cacing kepanasan prb tidak senang ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dll); setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga prb walau ke mana juga seseorang pergi, kelak kembali juga ke negeri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ting] | لانتيڠ

Definisi : Jw; melanting membimbit atau menjinjing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ting] | لانتيڠ

Definisi : ; melanting melempar tinggi-tinggi. melantingkan menyebabkan sesuatu dilempar tinggi-tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanting
Rujuk :lompat

Peribahasa

Melanting menuju tampuk,
     berkata menuju benar.

Bermaksud :

Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Melanting-lanting bagai cacing kepanasan.Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Seperti cacing kepanasan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar.Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai cacing kena air panas.Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cacing kepanasan.Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas