Orang lapar diberi nasi. | Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang mengantuk disorongkan bantal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas. | Hidup dalam kemiskinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam. | Bantuan yang diperoleh tepat pada waktunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malu makan, perut lapar. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana antah lemukut (= melukut), lapar sangat baru berguna. | Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut kosong penggilap otak. | Lapar menyebabkan orang berfikir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut tiada bertelinga. | Sia-sia memberi nasihat kepada orang yang lapar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut. | Orang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang mengantuk disorongkan bantal. | Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segan bergalah, hanyut serantau. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |