Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti rabuk dengan api. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai api dengan rabuk. | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing dengan panggang (= balur). | Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Busuk berbau, jatuh berdebuk. | Perbuatan yang buruk lambat-laun akan ketahuan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula. | Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak kunci jahat, peti derhaka. | Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pendusta berdiri tiada berkaki. | Tiap-tiap yang dusta itu lambat laun akan terbuka juga rahsianya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiap-tiap busuk itu meruap juga. | Pekerjaan yang jahat itu lambat-laun akan diketahui orang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |