Menjual bedil kepada lawan. | Perbuatan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti denak mencari lawan. | Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Layar menimpa tiang. | Kawan menjadi lawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing galak, babi berani. | Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertemu teras dengan beliung. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b. Bertemu beliung dengan ruyung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertemu beliung dengan ruyung. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersua baji dengan matan. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. | Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahan baji oleh kelidai. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). kelidai = sebangsa kayu yang susah dibelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencit seekor penggada seratus. | Orang seorang menghadapi lawan yang banyak dan lebih kuat. penggada = pemukul, cokmar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |