Layang-layang putus talinya. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Laksana layang-layang putus teraju). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana layang-layang putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai wau putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana layang-layang salah teraju. | Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana layang-layang melawan angin. | Pebuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Wau melawan angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Garuda diburu layang-layang yang dapat. | Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam memegang tali layang-layang. | Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Wau melawan angin. | Perbuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Laksana layang-layang melawan angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlayang-layang bagai bulu sehelai. | Hidup melarat tanpa tempat perlindungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |