Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman. | Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga layu kembang semula. | Orang tua yang bersolek seperti orang muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dianjak layu, dibubut (= dianggur) mati. | Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam, dibubut = dicabut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pucuk layu disiram (= ditimpa) hujan. | Setelah menderita barulah mendapat kesenangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang. | Perawan tua tidak dipinang orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang bunga layu di pohon. | Gadis yang tidak bersuami sampai tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segar dipakai layu dibuang. | Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga yang layu balik kembang. | Orang tua yang bersolek seperti orang muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga layu kembang semula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diasak (= pindah) layu, dicabut mati. | Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dianjak layu, dibubut [= dianggur] mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah lalu kumpai layu. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |