Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bah] | لبه

Definisi : serangga kecil berkepak empat dan bersengat yg mengeluarkan waks dan madu; jenis-jenisnya: ~ betul, ~ keram, ~ lalat, dll; air (manisan) ~ air madu; ~ bergantung a) sj ukiran pd jerubung perahu; b) bentuk dagu yg cantik; c) Kl pakatan yg kukuh; spt ~, mulut bawa madu, pantat bawa sengat prb a) orang kaya yg murah hati tetapi sombong; b) perempuan yg elok paras dan tutur katanya tetapi buruk perangai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bah] | لبه

Definisi : nama sj serangga yg bersengat dan mengumpulkan madu, Apis indica: madu (manisan) ~ air madu. ~ bergantung a. sj ukiran pd jerubung perahu. b. bentuk dagu yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebah

Puisi
 

Sarang lebah nampak tergantung,
     Baik-baik jangan tersinggung;
Ingat-ingat kita di kampung,
     Jangan diagah rimau menyangkung.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai lebah menghimpun madu.Sangat rajin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat.Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan merempuh sarang lebah.Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Payah umpama memelihara diri dalam sarang lebah.Menghadapi musuh yang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah.Mempertahankan diri di tengah-tengah musuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas