Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). | Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ternak bergembala, parak berpagar. | Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebih pucuk, lebih pelepah? | Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (= terhempas). | Lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya. | Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersinggung lebih bak kena. | Lekas merasa hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Agak lebih daripada agih. | Banyak bicara, sedikit kerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diuji timbang lebih sesaga. | Perbezaan yang sangat kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut hang lebih daripada gedembai. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. | Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |