Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berlumpur, becak, becek: jalan itu terlampau ~; kena ~ ki mendapat nama yg buruk (cemar); ~ di kaki prb suami yg tidak bertanggung­jawab; dr ~ lari ke duri prb perihal seseorang yg menghindarkan dirinya drpd kesukaran yg kecil tetapi jatuh dlm kesukaran yg lebih besar; berlecah bermain-main dgn lecah, bekerja dlm lecah; melecahkan menyebabkan lecah; terlecah 1. terkena lecah, terjatuh ke dlm lecah; 2. ki mendapat nama buruk, tercemar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lecah
Rujuk :lumpur, berlumpur,

Peribahasa

Dari lecah,
     lari ke duri.

Bermaksud :

Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lecah di kaki.Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari lecah, lari ke duri.Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berminyak biar lecah (= licin).Janganlah kepalang tanggung dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak hujan lagi lecah, inikan pula hujan.Sedangkan pekerjaan yang senang lagi tidak sanggup dikerjakan, apatah pula pekerjaan yang susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut akan lumpur, lari ke duri.Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas