Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (léga); melega tunduk (menyembah, memberi hormat): dilega sembah di kiri dilenggok pula sebelah kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak sempit (kawasan, ruang, dll), luas, lapang: rumah besar yg ~; 2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dll), aman, senang: drpd kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; 3. lapang (waktu), tidak sibuk: kalau ada masa yg ~ , jemputlah ke rumah; 4. agak pulih (drpd sakit), beransur sembuh; melegakan 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaan­nya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; terlega menjadi lega: kegusarannya ~ di kamar ini; kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll): rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun kecil; pelegaan perbuatan atau usaha utk melega­kan (kesakitan, kerunsingan dsb): ~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87% pesakit; pelega sesuatu (ubat dsb) yg melegakan (rasa sakit dsb): ubat ~ sakit perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak sempit (bkn kawasan); lapang: Rumah emaknya besar dan ~. 2 senang dan tenteram (bkn fikiran, hati); tidak sesak (bkn nafas, kehidupan): ~ rasa hatinya apabila mengetahui bahawa suaminya sudah selamat. 3 tidak sibuk; lapang (bkn waktu): Apabila ada masa ~ nanti, saya akan pergi ke rumah awak. melegakan 1 menyebabkan sesuatu menjadi lega; meluaskan (kawasan, ruang); melapangkan. 2 menyenangkan (fikiran, hati); menenteramkan: Nasihat neneknya telah ~ perasaan Aminah. kelegaan 1 keadaan lega; ketenteraman (fikiran, hati); kesenangan (hidup). 2 ruang yg terbatas besarnya utk meluluskan pergerakan atau laluan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lega (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan lapang, luas, lebar, selesa, sempit,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan lapang, tenteram, tenang, senang hati,

Kata Terbitan : melegakan, kelegaan,

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Bermaksud :

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sempit bertelempu, lega berlunjur.Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lulus tabuh perhatian.Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas