Menjerat leher sendiri. | Membuat pekerjaan yang merugikan (membinasakan) diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggalangkan leher minta disembelih. | Sengaja mencari bahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertegang urat leher, berkeras buku lidah. | Tidak mahu mengalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lepas kaki leher terjerat. | Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengalangkan batang leher. | Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab mulut leher terjerat. | Kecelakaan yang timbul kerana percakapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan dikalungkan di leher anjing. | Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mutiara terkalung ke leher babi. | Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar. | Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging. | Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |