| Seperti polong kena sembur. | Berlari lekas-lekas kerana ketakutan. polong = hantu; sembur = jampi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau boros lekas kerugian. | Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tersinggung lebih bak kena. | Lekas merasa hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telinga terbakar muka menyala. | Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bangsa teling tipis. | Orang yang lekas marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengajar anak harimau. | Mengajar anak yang lekas pandai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai kunyit dengan kapur. | Mudah dan lekas mesra. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepesan anak beranak, anaknya beranak (= menggigit) pula. | Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tuntung jarum dilaga. | Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta. | Terlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |