Lemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik. | Orang yang teguh pendiriannya. takik = toreh pada kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemah melapis condong menopang. | Tolong-menolong satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemah-lembut santan berlada. | Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besi lemah tak patah. | Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat. | Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Condong ditumpil, lemah dianduh. | Memberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan. ditumpil = ditunjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemah-lembut lintah, melekat payah lucut. | Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lunak disudu, keras ditakik. | Yang menurut dilakukan dengan lemah lembut, sedang yang melawan harus dikerasi. (Bandingkan dengan: a. Keras ditakik, lunak disudu, b. Lemah [lunak] tersudu, keras tak tertakik). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Durian seambung dengan timun. | Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait). | Orang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |