Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu

Puisi
 

Lembu siapa tambat di pantai,
     Punca tali di pokok asam;
Ilmu siapa adik pakai,
     Senyum sekali manis tang malam.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau (= lembu) tanduk panjang,
     tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).

 

Lihat selanjutnya...(14)

313

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Lembu dogol jangan dibalun

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Lembu dogol jangan dibalun. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lembu dogol jangan dibalun.Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau (= lembu) diberi berpelana, kuda diberi berpasangan.Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan.Orang yang besar tubuh tetapi penakut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya.Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol.Melawan (= bekerja) bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Katak hendak jadi lembu.Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bajak patah, banteng terambau.Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi ditarik keluan.Menurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas