Lenggang lenggok bagai cupak hanyut. | Gaya langkah yang lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu. | Orang yang tidak sedarkan kekurangan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elok lenggang di tempat datar. | Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaki pekuk lenggang ke perut. | Orang yang buruk dan bodoh. pekuk = bengkok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak berasak lenggang dari ketiak. | Tak berubah-ubah, masih tetap seperti yang lama juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lenggang patah sembilan. | Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang. | Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya. | Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga, b. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak. | Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga. | Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |