Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liat.liat] | ليات

Definisi : liang-liut, liuk-lentok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liat-liat

Puisi
 

Pulut panggang isi liat,
     Minum kopi di pagi hari;
Hanguslah padang adik melihat,
     Hanguslah hati hancur sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah liat kayu akar,
     dilentur boleh dipatah tak dapat.

Bermaksud :

Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jangan liat kurang panggang.Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat.Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bangsar balur liat.Orang yang degil. balur = kulit keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersilemah tak patah.Lemah tetapi liat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air dalam terenang.Hidup yang tenang dan tenteram. terenang = tempat air daripada tanah liat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besi lemah tak patah.Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas