Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lintah

Puisi
 

Banyak lintah paya dalam,
     Orang menangguk anak udang;
Nanti titah adik di dalam,
     Bukan tak tahu masuk seorang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah-lembut lintah,
     melekat payah lucut.

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti lintah menghisap darah.Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemah-lembut lintah, melekat payah lucut.Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti telinga lintah.Tajam pendengaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minta tulang kepada lintah (= lidah).Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat, f. Minta tanduk pada kuda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekudung limbat, sekudung lintah.Fikiran yang tiada tetap: sebentar begini, sebentar begitu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pacat melompat.Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas