Lonjak sebagai labu dibenam. | Sombong, angkuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lonjak alu penumbuk padi. | Berjalan dengan langkah yang gagah kerana suka atau sombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kacang direbus satu. | Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teleng bagi cupak hanyut. | Berjalan melonjak-lonjak kerana suka atau sombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geleng seperti si patung kenyang. | Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak. | Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar. | Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |