Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil: sepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima; berlorong mempunyai lorong: kawasan per­kampungan yg ~ kecil; melorongkan 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan: kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (per­mintaan dll): permintaan mereka dilorong­kan Tuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : Mn ark berkenaan dgn, mengenai, tentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.rong] | لوروڠ

Definisi : jalan kecil (biasanya ada rumah di kiri kanannya). melorongkan 1 menunjukkan atau mengarahkan jalan. 2 ki mengabulkan atau meluluskan (permohonan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lorong (kata nama)
Bersinonim dengan jalan kecil, jalan, benderung;,
Kata Terbitan : melorongkan,

Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia.Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas