Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya. | Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri. kilang -kilang = sejenis ikan laut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi). | Sangat luas dan banyak pengetahuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain lubuk, lain ikannya. | Adat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain padang lain belalang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tentang lubuk lepas tuba, tentang ikan akan mati. | Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk. | Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan pulang ke lubuk. | Telah kembali ke tempat asalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahu di dalam lubuk. | Tahu benar akan selok-belok sesuatu perkara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti batu jatuh ke lubuk. | Hilang lenyap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. | Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain padang lain belalang. | Adat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain lubuk, lain ikannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |