Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.bung] | لومبوڠ

Definisi : Id tempat menyimpan padi, jela­pang, kepuk, rengkiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.bung] | لومبوڠ

Definisi : tempat menyimpan padi dll; kepuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumbung

Peribahasa

Asal ayam pulang ke lumbung,
     asal itik pulang ke pelimbahan.

Bermaksud :

Tabiat orang tak mungkin berubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menyuruk (menyorok) di balik lumbung.Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan.Tabiat orang tak mungkin berubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung.Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang.Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu.Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan. mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengendap di balik lalang sehelai.Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menyuruk [menyorok] di balik lalang sehelai, b. Menyuruk [menyorok] di balik lumbung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas