Dientak (hentak) alu luncung. | Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. | Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ditembak petus tunggal. | Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Dientak [hentak] alu luncung). putus tunggal = petir yang sangat keras bunyinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |