| Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan. | Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan. | Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. | Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung. | Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya. | Orang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ulat lupakan daun. | Lupa akan budi baik orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidur diperkalang, berjalan dipertongkat. | Ilmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa. | Tiada pernah lupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jauh di mata, dekat di hati. | Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun. | Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |