| Macam memegang tali layang-layang. | Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam kikir besi. | Orang kaya yang bakhil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam kera kelaparan. | Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam kepiting jalan. | Orang yang berjalan miring. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah. | Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar bungkus tak berisi, b. Tong kosong berbunyi nyaring). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam betung seruas. | Terlalu jujur; lurus hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam anak dara tak datang tunangnya. | Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam ular kekenyangan. | Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka. | Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam terambil di nan kurang. | Berdukacita tanpa sesuatu sebab. di nan = pada yang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |