Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit. | Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga. | Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mahal dibeli sukar dicari. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Murah di mulut, mahal di timbangan. | Banyak janji, sedikit saja yang ditepati; mudah menyebut, tetapi sukar mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menengah tulang punggung (= bubungan). | Mahal tidak, murah pun tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pacat melompat. | Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tercocok hidung. | Membeli barang yang buruk dengan harga mahal; tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah membeli, menang memakai. | Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah. | Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |