Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Apa bekal pergi ke Cempa,
     Untuk makan dalam perahu;
Biar mahal barang ditempa,
     Jika borong saya tak mahu.


Lihat selanjutnya...(299)
Peribahasa

Api makan sekam (= dedak).

Bermaksud :

Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).

 

Lihat selanjutnya...(21)

143

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Pipit tuli makan dihujan, tak dihalau padi habis, bila dihalau kain basah

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti pipit tuli makan dihujan, tak dihalau padi habis, bila dihalau kain basah .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti api makan (= dalam) sekam.Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api makan sekam (= dedak).Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan di luar berak di dalam.Mengkhianati tempat mendapat perlindungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan nasi kawah.Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan upas berulam racun.Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Budak-budak makan pisang.Masih mentah dalam segala hal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cicak makan kapur.Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas