Maklumat Kata

Puisi
 

Hujan ribut saya tak basah,
     Bukit Tenging bercabang tiga;
Makan minum bujang tak susah,
     Sakit pening siapa nak jaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Makan bersabitkan.

Bermaksud :

Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan bersabitkan.Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam orang biduk.Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air diminum sembiluan.Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas