Maksud bagai maksud manau. | Maksud yang melebihi kesanggupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai. | Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air besar sampan tak hanyut. | Maksud tidak tercapai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar ular mati, kayu tiada patah. | Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan biar dapat, serampang jangan pukah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berlurah di balik pendakian. | Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah. | Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar ular mati, kayu tiada patah). serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Senjata makan tuan. | Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakar tak berbau. | Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi. | Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lambat laga asalkan menang. | Biar lambat asalkan maksud tercapai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |