Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maksud,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Maksud bagai maksud manau.Maksud yang melebihi kesanggupan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air besar sampan tak hanyut.Maksud tidak tercapai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar ular mati, kayu tiada patah.Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan biar dapat, serampang jangan pukah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berlurah di balik pendakian.Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah.Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar ular mati, kayu tiada patah). serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senjata makan tuan.Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakar tak berbau.Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi.Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lambat laga asalkan menang.Biar lambat asalkan maksud tercapai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas