Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lang] | مالڠ

Definisi : 1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lang] | مالڠ

Definisi : tidak bernasib baik; ditimpa kecelakaan dll; sial: Jika baginda berjumpa dgn fakir miskin atau orang-orang yg ~, disuruhnya orang itu datang ke istananya. kemalangan 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malang (adjektif)
Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial, langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;,
Kata Terbitan : kemalangan,

Puisi
 

Ikan talang ikan terubuk,
     Udang galah udang kepai;
Malang sungguh nasib Pak Kaduk,
     Ayam menang kampung tergadai.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Malang tak berbau.Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata.Malang yang tak dapat dielakkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hulu malang pangkal celaka.Permulaan segala bencana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung melambung, malang menimpa.Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang tiada datang tunggal.Malang yang bertimpa-timpa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau.Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuak terbeli, tunjang hilang.Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas