Malas bergarit, perut perit. | Malas berusaha tentulah kelaparan. garit = gerak, perit = pedih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda. | Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kapak menyelam beliung. | Orang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam. | Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pangku tangan cerut perut. | Malas bekerja tak dapat makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ringan mulut berat punggung. | Malas meninggalkan tempat duduk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segan menggerak lingkar. | Terlalu malas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai balak terendam. | Orang gemuk yang malas bergerak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menetak dengan belakang parang. | Menyuruh orang malas bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai anak sepat ketohoran. | Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |