Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing. | Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malu berani, mati takut. | Pengecut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malu makan, perut lapar. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segan (= malu) berkayuh, perahu hanyut. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segan bergalah, hanyut serantau. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segan bertanya sesat jalan. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan. | Perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih. | Kerukunan hidup orang-orang yang sekaum ialah yang seia-sekata, sehina-semalu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu. | Berpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |