| Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana. | Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana. | Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berjalan jauh banyak dilihat. | Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Alah menang tak tahu, bersorak boleh. | Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merasuk seperti polong tak berjinjang. | Berkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Usang dibarui, lapuk dikajangi. | Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Peti yang berisikan emas perak itu tiada dilelehkan orang. | Pengetahuan tidak mudah dihamburkan di mana-mana saja. dilelehkan = dibocorkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. | Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |