Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ra] | مارا

Definisi : akronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yg menolong bumiputera mem­bangun atau maju dlm bidang perniagaan, per­usahaan, pendidikan, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : sl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd bahaya dan ~-Nya; ~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali di­cari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu; bermara sl berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah se-orang ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan; memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan; kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhim-pun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : apa-apa yg mendatangkan kesukaran atau kesusahan; bencana; bahaya: Moga-moga Allah menjauhkan kita drpd segala bahaya dan ~-Nya. ~ bahaya berbagai-bagai bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke hadapan; tampil ke muka; maju: Mereka ~ lebih kurang 10 kilometer sehari. memarakan menggerakkan ke hadapan; memajukan. kemaraan perbuatan atau hal mara: ~ tentera musuh telah dpt dipatahkan oleh tentera kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mara (kata kerja)
Bersinonim dengan bergerak ke muka, tampi ke depan, maju, melangkah ke depan;,
Kata Terbitan : memarakan,

Puisi
 

Datuk Bentara mudik ke hulu,
     Hajat membina sebuah kota;
Biar mara datang bertalu,
     Namun cinta kugagah juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah.Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak.Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara.Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan meludah ke langit.Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak beras antah dikisik.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas