Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mari (kata tugas)
Bersinonim dengan moh, ayuh, jum, yuk, mai, sini, silakan.,

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(516)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kubur kata mari, rumah kata nanti.Orang yang sudah lanjut usianya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari.Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal.Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing terpanggang ekor.Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai anjing tersepit di pagar.Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah bunyi (= tepi), buruk berita.Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas