Menganga baru meludah. | Fikirkan masak-masak sebelum mengeluarkan kata-kata yang pedas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dibalik-balik bagai memanggang. | Difikirkan masak-masak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepuluh kali ukur, sekali kerat. | Berfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian. | Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian, b. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian. | Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai. | Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. | Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati. | Berfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran. | Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah dijual maka dibeli. | Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |