Masih berbau pupuk jerangau. | Belum ada pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Agung susut, pongah masih. | Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjemur sementara hari panas. | Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan. | Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut. | Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Budak-budak makan pisang. | Masih mentah dalam segala hal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selama hayat dikandung badan. | Selama masih hidup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada umur ada rezeki. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada nyawa ada rezeki. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada hari, ada nasi. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |