| Bersultan di mata, beraja di hati. | Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati. | Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beraja di mata, bersultan di hati. | Menurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beraja di hati, bersultan di mata. | Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersultan di mata, beraja di hati, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Silap mata, pecah kepala. | Kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jauh di mata, dekat di hati. | Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hati gatal mata digaruk. | Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang di mata di hati jangan. | Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sumbang di mata, binasa hati. | Tingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati. | Berfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |