Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki. | Aib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi penghubung mata telinga. | Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai. | Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |