| Jadi penghubung mata telinga. | Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati. | Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ukur mata dengan telinga. | Menurut penglihatan dan pendengaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali. | Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |