Biar mati anak jangan mati adat. | Adat yang tidak boleh dilanggar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk pecah nakhoda mati, anak buah bercerai-berai. | Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati anak berkalang bapak, mati bapak berkalang anak. | Anak dan bapa wajib tolong-menolong. kalang = galang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar nasi terbuang asal jangan periuk pecah. | Kesukaran waktu melahirkan anak; biar mati anak, asal ibunya selamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati ayam mati tungaunya. | Bila tuannya mendapat celaka, anak buahnya ikut menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. | Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. atal = buah kayu makanan enggang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diratapi langau hijau. | Anak dagang yang mati di rantau orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Punggur rebah, belatuk menumpang mati. | Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermayang-mayang menjadi mumbang. | Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |